
Sulit
4 tahun
Sakit bahu belakang, dan dada
Saya sering jadi sakit macam lenguh lenguh bahagian tengkuk dan bahu blakang terutama bila bangun pagi dan sakit berlarutan beberapa hari. rasa sakit bila nak pusing badan dan kepala. Keadaan ini sering berulang dan hilang begitu sahaja.
Ada juga saya rasa sakit di bahagian dada tapi x ketara sangat dan kadang kadang ja rasa di sebelah kanan dada dan tengah dada.
saya juga akan rasa sussah bernafas kalau makan banyak atau perut penuh.
kadang kadang ada juga rasa sesak nafas bila keadaan baring, keeadaan tu ok lepas minum air dan duduk.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menetukan rawatan yang terbaik.
Gangguan yang boleh dikaitkan dengan gejala yang anda alami antaranya adalah:
- Gangguan jantung & saluran darah
- Refluks asid perut.
- Keradangan tulang rusuk.
- Gangguan cemas.
- Kesan pengambilan ubat-ubatan.
Keadaan atau penyakit lain yang disertai dengan gejala sesak nafas apabila berbaring boleh termasuk:
- Batu hempedu.
- Pancreatitis atau hepatitis iaitu keradangan organ dalaman.
- Perikarditis iaitu keradangan selaput jantung ataupun myorcarditis iaitu keradangan otot jantung.
- Pneumonia juga dikenali sebagai paru-paru berair biasanya akibat masalah jantung
- Pneumothorax atau gangguan paru-paru yang lain.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.