
Sulit
4 tahun
Sakit belakang tumit
Saya wanita dan berumur 31 tahun. Baru lepas pantang, anak saya 4 bulan. Saya perasan belakang tumit saya sentiasa sakit, dan kebanyakkan masa kaki kanan (dari paha ke tapak kaki) sakit dan memerlukan support untuk angkat kaki. Adakah ini normal bagi ibu lepas pantang? Atau ada masalah lain saya perlu risau. Thank you

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi Sakit tumit bagi wanita (Heel Pain In Women) adalah satu keadaan yang selalu berlaku. Terdapat pelbagai punca sakit tumit dalam wanita. Antaranya ialah:
A) Kecederaan
Kecederaan pada tumit disebabkan oleh retakan tekanan (dalam tulang tumit) adalah sebab biasa bagi sakit tumit pada orang dewasa.
B) Terseliuh
Terseliuh (sprains) adalah ketegangan ligament yang disebabkan kecederaan
C) Plantar fasciitis
Plantar fascia adalah rangkaian tisu penghubung yang meluas dari tulang tumit anda ke bebola kaki. Keradangan tisu penghubung ini dipanggil plantar fasciitis.
F) Bursitis
Bursa adalah pelindung yang terduduk di antara sendi dan antara tendon dan tulang. Keradangan bursa di bahagian belakang tumit boleh menyebabkan pembengkakan serta sakit segera di tumit.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.