Sulit
4 tahun
Sakit dada dan bernafas
Saya gadis dalam umur 16 tahun dan saya hendak bertanya mengapa dada saya sering sakit dan sukar untuk saya bernafas dan kadang kadang bila saya sakit dada juga nafas saya pendek
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami,
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menetukan rawatan yang terbaik.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Gangguan yang boleh dikaitkan dengan gejala yang anda alami antaranya adalah:
- Refluks asid perut,
- Gangguan cemas.
- Kesan pengambilan ubat-ubatan.
Keadaan atau penyakit lain yang disertai dengan gejala sakit dada dan susah bernafas juga boleh disebabkan oleh:
- Gangguan organ jantung
- Gangguan organ pernafasan (i.e. COPD, Emfisema, Asma)
- Jangkitan kuman di paru-paru (i.e. Pneumonia)
- Paru-paru berair biasanya akibat masalah jantung
- Pneumothorax atau gangguan paru-paru yang lain.
- Batu hempedu.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.


































