
mimieazizan76
5 tahun
Sakit dada kadang- kadang
Sy berumur 44 tahun, lelaki. Sy tidak merokok. Sy juga mengamalkan makan dlm quantiti yg sikit sebab sy nak kontrol berat sy. Sebelum ni berat sy is 78-80 tapi selepas sy mengambil ubat kurus( duramin), berat sy dah kurang ke 70kg dlm beberapa bulan jer. Now I still ambik ubat tu tapi bukan setiap hari. So, sejak kebelakangan ni sy kadang2 sakit dada sebelah kiri. Adakah disebabkan ubat tu atau sebab lain. Sakit nya mcm menyucuk2. Tapi x selalu cuma kadang2 jer. Kalau sy nak bersin, mesti dada sebelah kiri rasa Sakit. Harap doktor boleh jelaskan. Terima kasih🙏🏻

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit dada pada seorang lelaki biasanya boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Refluks asid perut iaitu keadaan yang mana isi perut yang bersifat asidik naik ke esofagus dan menimbulkan rasa sakit dada memandangkan posisi esofagus yang terletak di belakang tulang dada.
- Perikarditis iaitu keradangan selaput jantung ataupun myorcarditis iaitu keradangan otot jantung. Pada keadaan ini rasa sakit biasanya bertambah setiap kali menarik nafas.
- Sakit terkait otot dan tulang seperti costochondirits iaitu keradangan tulang rusuk. Biasanya pesakit sukar menentukan apakah sakit tersebut di dada atau rusuk teruatama jika terkena tulang rusuk atas.
- Kecelaruan keresahan atau dalam bahasa Inggeris dikenali juga sebagai anxiety . Ia gejala fizikal yang timbul bersamaan dengan rasa bimbang seseorang.
- Kesan pengambilan ubat-ubatan. Kebanyakan ubat jika tidak digunakan dengan benar dapat menimbulkan kesan sampingan dan reaksi yang dapat mempengaruhi kesihatan seseorang
Namun, bagi mengenalpasti penyebab sakit dada anda, pertanyaan dan pemeriksaan lanjut harus dilakukan. Justeru, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.