
Sulit
4 tahun
Sakit dada kiri belah kiri & kadang-kadang perut rasa sakit. Saya mmg ada gastrik
Saya wanita berumur 26thun, boleh di kategori kn sbgai obesiti. Tp skrang dlm proses untk kurus. Saya kerap mengalami sakit dada belah kiri, bukan masa aktif tapi masa saya rehat atau dduk lama. And bila sakit, dia dtg ttiba then hilang. Saya tgh plan untk jmpa doktor cuma takde masa terluang.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan adalah terlalu singkat, tidak jelas dan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal yang sebenar.
Namun gangguan yang boleh dikaitkan dengan gejala sakit dada yang anda alami antaranya adalah:
- Kesan pengambilan ubat-ubatan.
- Gangguan otot atau terseliuh
- Kekurangan rehat atau kepenatan yang terlampau
Atau ia juga boleh disebabkan oleh
- Gangguan organ jantung
- Gangguan vaskular (i.e. kolesterol tinggi, hipertensi, dll) & saraf (i.e. migrain, dll.)
- Gangguan kelenjar limfa
- Gangguan organ pencernaan (gastrik, GERD, dll)
- atau gangguan hormon (i.e. tiroid, kencing manis, dll.)
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Oleh itu, saya sarankan, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu.
Maka dengan itu, kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.