
Sulit
3 tahun
Sakit jari tangan Dan kaki sehingga ke belakang
Saya wanita berumur 40 tahun.Mempunyai 6 org anak Dari umur 2thn-13thn.Selepas bersalin Saya ada juga rasa sengal2 pada tangan tapi rasa sengal tu on off.2thn lepas Saya ada buat blood test untuk mengetahui tahap kesihatan Saya dan result blood test nampak ok.Then beberapa Hari lepas jari tangan kanan Saya berasa sakit.Susah untuk mengembangkan jari tangan kerana rasa sakit.Sukar juga untuk menggenggam.Kemudian rasa sakit tu seakan merebak ke pergelangan tangan ,bahu Dan belakang.Seperti rasa mencucuk di belakang badan.Kemudian rasa sakit Dan sengal tu dapat dirasa pada pergelangan kaki sehingga ke jari Dan tapak kaki.Bila Saya picit bahagian pergelangan kaki sehingga ke betis rasa sakit sangat.Ada Masa Seperti rasa sakit di bahagian dada.
Untuk pengetahuan Saya memang ada ke klinik untuk dapatkan rawatan.Doctor memberi Saya ubat tahan sakit Dan Saya ada juga membuat ujian darah untuk check platelet darah merah n putih n nampak normal Seperti yg diberitahu oleh doc di sana.dAlam Masa yg sama tekak Saya payau tapi Saya tidak demam ataupun selsema.Kawasan Rumah Saya memmpunyai kes covid 19.saya telah membuat swab test pada 27hb Mei yg lalu dan result adalah negatif.adakah Saya perlu menjalani swab test lagi atau adakah Saya perlu membuat ujian darah untuk kes denggi.Doc menyuruh Saya banyakkan minum air yg banyak Dan berehat Dan sekiranya ada rasa tidak sedap barulah refer ke hospital.Untuk keadaan ini Saya perlukan second opinion daripada doctor untuk masalah Saya adakah masalah Saya berkaitan dengan sakit sendi,sakit Saraf ataupun maslah2 lain.Apa yg perlu Saya lakukan.Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda terhadap gejala sakit tangan dan kaki yang dialami oleh anda sehingga ia mengganggu aktiviti harian anda. Jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda.
Sakit tangan dan belakang yang dialami oleh anda, ia boleh disebabkan oleh punca-punca lazim seperti:
- Sakit sendi dan otot disebabkan oleh penggunaan yang berterusan atau postur yang kurang selesa
- Osteoartritis
- Artitis reumatoid
Mengenai gejala ketidakselesaan tekak yang dialami oleh anda, kami sarankan anda untuk memantau gejala anda dan sekiranya anda mengalami gejala yang disebutkan di bawah, sila berjumpa dengan doktor segera:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Anda juga disarankan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan pandangan kedua dan kami akan membantu anda mengenai tindakan selanjutnya.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.