Sulit
3 tahun
Sakit kaki akibat gout
Saya lelaki 36 tahun mengalami sakit kaki akibat gout dua hari lalu. Kebiasaannya saya diberikan ubat Goutnor oleh klinik sebelum ini. Ini adalah kali ketiga bagi tahun ini terkena gout akibat terminum kopi/ berasaskan kopi
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, selain pengambilan ubat yang disyorkan oleh doktor anda, terdapat beberapa perkara yang anda boleh amalkan seperti:
- Elakkan dehidrasi - seperti minuman kafein (kopi dan teh) serta jika bersenam, minum air biasa dan bukannya air manis
- Elakkan makanan seperti makanan laut, hati ayam/daging
- Kurangkan berat badan
- Tidak mengambil produk-produk herba atau yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia kerana produk-produk sebegini adalah berisiko tinggi
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana mungkin terdapat faktor lain yang menyebabkan masalah gout anda. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.































