
Sulit
3 tahun
Sakit kuku macam kene cucuk
Salam doc sy lelaki umur 32 dah 3 hari sakit kat kuku jari telunjuk ngn ibujari rasa macam ada duri bila ditekan lagi satu ade muncul. Garisan coklat hitam samar kt ibu jari dengan jari kt tangn kiri yg xsakit boleh saya tau ape punce doc nk wat keje pon susah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Infeksi candida pada kuku
- Paronikia
- Koilonikia
- Pitting nails
- Trauma pada kuku
Untuk maslah garisan coklat hitam pada jari anda, ia boleh disebabkan oleh Melanonychia di mana kondisi garis hitam pada kuku disebabkan oleh peningkatan produksi dan simpanan melanin (pigmen coklat) dalam badan kita, tetapi bukan peningkatan sel pigmen melanosit.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.