Sulit
3 tahun
Sakit pada bahagian rahim dan keputihan yang sangat banyak dan berbau
saya berumur 20 tahun dan mengalami masalah ini selepas umir 19 tahun. boleh beri keterangan tentang apa yg saya hadapi? saya pernah try pergi jumpa doktor tapi doktor kata sbb kencing kotor… saya risau kalau saya ada cyst or kanser rahim. saya pergi jumpa doktor pakar sakit puan ke?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Sebenarnya, keputihan di bahagian kemaluan adalah sebuah perkara yang biasa, terutamanya jika ia berlaku sebelum atau selepas haid. Akan tetapi, jika keputihan itu berbau dan menyebabkan kegatalan, sepertimana yang cik adukan, kemungkinan besar ia adalah kerana jangkitan yis atau bakteria di kemaluan (vagina). Seorang wanita yang sihat akan ada bakteria dan yis tumbuh di vagina. Bakteria ini akan berfungsi untuk membunuh organisma yang berbahaya untuk wanita. Untuk individu yang sihat ini, dia tidak akan mengalami apa-apa simptom. Namun demikian, apabila keseimbangan itu hilang, yis akan berganda dan menyebabkan simptom-simptom seperti yang cik mengadu di atas.
Terdapat banyak sebab yis boleh berganda di kemaluan. Untuk contoh, stress, kencing manis, hormon tidak seimbang kerana mengandung ataupun menggunakan pil perancang, dan juga penggunaan antibiotik lebih daripada 10 hari.
Anda boleh ke pakar wanita untuk pemeriksaan teliti dan rawatan jika perlu. Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian/ke klinik dengan segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.

































