Sulit
3 tahun
Sakit sendi tangan Dan kaki
Saya wanita berumur 34 tahun, Saya sering mengalami kekakuan jari kaki & tangan beserta pedih setiap lewat malam & awal pagi, Saya mengambil Masa antara 15-20min untuk menghilangkan kekakuan di waktu pagi, kadang-kadang seluruh sendi merasa sakit.
Saya telahpun menjalani pemeriksaan arthritis di hospital kerajaan namun melalui berapa ujian darah & imbasan x-ray, doktor tidak menemui Tanda arthritis, Saya pernah juga ke klinik swasta Dan doktor menyatakan Ada pelbagai jenis arthritis Dan Ada YG tidak dapat dikesan melalui ujian darah, yang paling membimbangkan Saya, ibu Saya memang pengidap arthritis sehingga beliau amat sukar bergerak & melakukan aktiviti harian kerana sendi yg membengkok.
Apakah rawatan lanjut atau kaedah alternatif lain yang perlu Saya jalani untuk meredakan ketidakselesaan sendi yang Saya hadapi? Adakah Ada vitamin atau ubatan alternatif yang Saya boleh ambil untuk meringankan masalah Saya?
Terima kasih,
Normala, bandar BARU bangi
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda,sakit sendi di lokasi-lokasi tersebut boleh juga disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.