Sulit
5 tahun
Sejuk bahagiaan kaki
Saya berumur 48,kaki belah kanan saya dari paras lutut sampai ibu jari,sejuk sampai ke tulang…hingga Kan saya merasa rimas,semasa duduk
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu masalah sejuk di bahagian kaki. Untuk makluman anda, terdapat beberapa penyebab perkara ini boleh berlaku, antaranya ialah:
- kurang darah merah / anemia
- penyakit Reynaud
- Penyakit thyroid
- Kurang peredaran darah
- gangguan sistem saraf
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang alami, maklumat lanjut dan pemeriksaan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih































