
Sulit
4 tahun
Selalu sakit urat pada pergelangan tangan,lutut,telunjuk jari. Kembang dan merah
Saya wanita dalam 20’an telah menghadapi kesakitan ini sejak tahun lepas. Saya selalu sakit sendi ataupun urat d bahagian pergelangan tangan, telunjuk jari, lutut dan kaki. ia akan merasa sakit tetapi dalam 2-3hari sahaja kemudian sembuh. Selepas itu, beberapa hari ia akan dtg lagi. Saya telah mendapatkan rawatan di klinik sehingga saya di xray tetapi tiada petanda gout. Apakah penyakit saya doctor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit sendi di lokasi-lokasi tersebut, selain gout, boleh juga disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- rheumatoid arthritis
- reactive arthritis
- Lupus
- Pseudogout (akibat deposit kalsium)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.