
Sulit
4 tahun
Sendawa angin, sesak dada
Doc sy nk tnya… Sy dh lama sendawa berpanjangan… Lps tuu rasa gelisah… Jantung kurang stabil… Urut dada byk sendawa angin keluar… Nk tdo kurang selesa asyik sendawa sje… Apakah punca ia doc…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
GERD
masalah spinkter pada bawah esofagus tidak berfungsi
Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
Gangguan emosi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.