
Sulit
4 tahun
Stiff and darken knuckles
Hai. Saya wanita berumur 34 tahun, BMI normal tapi menghampiri overweight. Saya mengalami stiffness pada tangan dan kaki yg semakin teruk sejak 3 tahun lepas. Bulan lepas saya sudah tidak boleh menekan jari ke bawah semasa bangun dari sujud solat kerana terlalu sakit. Pd waktu biasa, jika membiarkan tangan tanpa bergerak dlm 5 minit, terasa keras utk menggenggam semula.Knuckles pd kaki kiri juga mnjadi gelap berbeza dgn kaki kanan dan nmpk mcm ada line akibat melipat jari semasa solat. lutut berbunyi semasa bangun.pernah buat blood test utk rheumatoid 3 thn lps tapi normal. perlukah sy pergi rwtn atau ini kelihatan tidak berbahaya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Masih terasa lenguh dan sakit tulang? Dapatkan kekuatan yang diinginkan untuk menjalani aktiviti harian anda tanpa gangguan!
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tangan dan kaki mengeras boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- gout (akibat deposit purin)
- pseudogout (akibat deposit kalsium di sendi)
- rheumatoid arthritis sakit sendi yang terkait dengan autoimun
- Alahan pada persekitaran
- Trauma
- Masalah kulit dermatitis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih