
Sulit
5 tahun
Suami pancut 2 minit
betul ke suami saya kata
Jika dia kerap bersama dgn saya,air mani jadi tidak kualiti atau pekat,sebab tu dia tak bersama dgn saya dua hari berturut atau itu hanya alasan yg sebenarnya dia mmg bermasalah dgn hubungan seks
Jika suami mendayung,dia tak boleh buat saya terangsang sampai klimaks,saya terpaksa mendayung untuk capai klimaks hingga pancut dan baru dia akan mendayung sampai pancut tapi tak sampai 1 minit.normal ke suami tak boleh buat isteri pancut ketika dia mendayung?
Adakah suami saya perlu dapatkan rawatan disebabkan dia tak mampu bertahan lama ketika seks
Tolong saya doktor,saya sangat stress seperti dia sangat pentingkan diri ttg seks ini menyebabkan saya tak puas bersama dgn dia

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Merujuk kepada pertanyaan anda:
- Kenyataan ini adalah tidak benar. Hal ini kerana organ pembiakan lelaki mampu memproduksi sperma dan cairan mani secara berterusan. Frekuensi hubungan seksual tidak akan mempengaruhi kualiti sperma ataupun air mani.
- Merujuk kepada kenyataan ini kemungkinan suami anda mempunyai ejakulasi pramatang. Sebaiknya anda berkomunikasi secara efektif dengan suami agar masalah ini dapat diatasi
- Ya, sebaiknya anda dan suami merujuk doktor agar masalah kesihatan yang mendasari kejadian ejakulasi pramatang ini dapat diatasi. Ejakulasi pramatang (PE) boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- psikogenik - seperti stress, anxiety , hubungan bermasalah
- psikiatrik - anxiety disorder , kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tinggi, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- masalah organ sekitar seperti prostat dan spinal cord - amat jarang
- efek samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Sebaiknya suami anda mengatasi terlebih dahulu penyebab diatas, serta merujuk kepada doktor agar masalah kesihatan lain dapat diatasi dengan baik tanpa perlu mengambil ubatan tambahan. Hal ini kerana, kadar penyembuhan PE adalah tinggi setelah penyebab diatas diatasi dengan tepat.
Merujuk kepada ubat yang anda sebutkan, info tambahan adalah diperlukan memandangkan tidak jelas apakah ubat yang mendapat cop KKM tersebut. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor bagi bertanyakan tentang keadaan-keadaan yang boleh menyebabkan PE. Ataupun, silakan klik pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bertanyakan tentang ubat tersebut kepada farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.