hazarsyg
21 bulan
Sy wanita berumur 23 tahun. Mengalami batuk sejak mac yang lalu
Sy wanita berumur 23 tahun. Mengalami batuk sejak mac yang lalu… Dah brmacam ubat batuk yang di ambil. Tapi tetap batuk sehngga sekarang… Dan rasanya batuk semakin teruk. Ketika tidur wktu malam… sya sering ras sejuk tapj apabila orang lain pegang badan saya… mereka rasa panas
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Asthma
- COPD
- Tuberculois
- Pengambilan ubat seperti Angiotensin- converting enzyme inhibitor
- GERD
Tuberculosis merupakan jangkitan paru- paru yang paling berleluasa di negara ASEAN. Segera berjumpa doktor jika:
- Batuk berterusan melebihi dua minggu
- Batuk berkahak dan kadang kala berdarah
- Hilang selera makan dan susut berat badan
- Demam pada sebelah petang
- Berpeluh pada waktu malam
- Sakit dada
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.