Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor bertauliah | |
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia | |
Privasi Terjamin | |
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak | |
Pantas Dan Cekap | |
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara |
Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli
Selamat malam doktor…saya terasa kebas tangan dan kaki kiri selepas berhenti merokok…bila berdiri terasa hendak pitam…adakah itu normal selepas berhenti merokok secara mengeju
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kerana anda berhenti merokok. Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Ia seperti kesan sampingan atau dipanggil withdrawal symptoms kerana anda berhenti merokok. Hal ini kerana badan anda kehilangan sesuatu yang sering mereka terima.
Sememangnya gejala yang anda alami adalah sangat tidak selesa, namun ianya tidak memberi kesan buruk malah memberi kesan yang lebih baik kerana merokok adalah sangat merbahaya kepada anda. Lama kelamaan gejala ini akan berkurang dengan sendirinya.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Selain itu anda boleh menghadiri klinik berhenti merokok di klinik kesihatan bagi mendapatkan bantuan supaya anda konsisten dalam usaha berhenti merokok ini.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.