
Sulit
4 tahun
Tangan kanan sakit sampai ibu jari
Hai doktor. Saya nak tnya. Tangan kanan saya dari bahu sampai ke ibu jari ni sakit sangat2 plus rse lenguh. Bila nk straight kan tngan ni rse sakit dan tegang. Nak tido pun rse sakit. Saya kne sentiasa bengkok kan tngan saya untuk kurangkan sakit.Ia berlaku selepas saya bermain2 dngan anak buah saya. Main angkat2 dia. Sya dah letak ais dan cuba urut dia tempat sakit tpi kurang skjap je.
Apa patut sya lakukan? Perlukah saya sentiasa bengkokkan tngan sya? Perlukah sya balut atau pakai sling?
Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana saya memerlukan pemeriksaan kondisi tangan anda untuk menghasilkan kesimpulan yang tepat.
Lebih baik untuk anda untuk meletakkan ais di tempat sakit tangan anda. Buat masa sekarang, anda tidak perlu sentiasa bengkok kan tangan anda.
Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut kerana pemeriksaan yang lebih teliti perlu dibuat sebelum melakukan langkah seterusnya. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.