
Sulit
3 tahun
Tangan Mengigil/ketar
Hi doktor… sy berusia awal 30an. Sy mngalami masalah tangan mengigil tanpa sebab. Smpai satu tahap nk menulis pn menggigil. Ia menjadikan sy rasa malu terutamanya bila dihadapan dgn org walopn sy kenal mereka dan sedar mereka xmemerhatikn sy. Sy juga kadang rasa berdebar2. Tangan lengoh. Pecakapan dan tgn sy pn penah dikatakan mengeletar walopn sy rasakan tidak… ini mnggu prestasi keja sy dan sy sgt risau…

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai kondisi menggigil dan berpeluh secara tiba-tiba. Kami akan cuba membantu.
Antara penyebab yang boleh mencetuskan gejala seperti itu adalah:
- Masalah tiroid seperti hipertiroidism
- Masalah kebimbangan (anxiety disorder)
- Kerap minum minuman berkaffein seperti kopi atau teh
- Faktor keturunan / genetik
- Benign essential tremor
- Kurang kandungan gula dalam darah
Disamping itu, kami juga sarankan anda untuk segera ke doktor sekiranya mempunyai simptom-simptom bahaya seperti:
- Pening kepala yang teramat
- Hilang kesedaran
- Degupan jantung yang laju dan tidak sekata
- Gejala berterusan atau bertambah
Oleh itu,kami menyarankan anda supaya merujuk perkara ini kepada doktor untuk mendapatkan diagnosis yang sebernarnya serta rawatan yang tepat.
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk bantuan yang lanjut.
Harap jawapan kami membantu anda. Terima kasih!
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.