
Anonymous
4 tahun
Tangan tidak mampu untuk menulis
Assalamualaikum doktor,sy nurfatihah,asal daripada kelantan,umur 21tahun…sy menghidap masalah tangan tidak mampu menulis.sewaktu hampir exam pertengahan spm…guru guru memberi komplain dengan tulisan sy.sebelum daripada itu,sy boleh menulis secara normal tulisan sy kemas.sewaktu hampir trial exam…sy tiba tiba tidak mampu menulis.sy cuba untuk mengubah tulisan saya…namun sulit,bahkan pelbagai cara memegang alat tulisan sekalipon tidak mampu mengubah kpd tulisan saya yg dulu…saya tertekan dgn keadaan sy yg tidak mampu melanjutkn pelajaran scr penuh di ipt.sy cuba untuk menulis menggunakan tgn kiri…tidak lama kemudian…tgn kiri juga tidak mampu lg untuk menulis.sewaktu menulis…tgn sy seakan akan sukar untuk membentuk tukisane.sehingga sy memaksa diri akhirnya membawa kesakitan kpd sy…saya dah berjumpa doktor.tapi doktor tidak dapat mengenal pasti…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh menyebabkan gejala ini. Ia boleh berpunca daripada masalah saraf, otot atau daripada otak anda atau masalah psikologi. Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada pakar agar pemeriksaan lanjut boleh dibuat.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.