
Sulit
4 tahun
Tapak kaki sakit bila pijak lantai..kaki bengkak dikawasan buku lali
Saya lelaki berumur 36 tahun.tapak kaki kanan saya sakit waktu berjalan.selepas seminggu bahagian berdekatan jari kaki membengkak.seminggu kemudian tapak kaki kiri saya pula tiba2 sakit.saya dah pergi klinik kerajaan dan swasta,semua doktor memberi jawapan yg sama.kemungkinan,saraf atau masalah urat.so semua doktor memberi saya ubat yg lebih kurang sama.ubat susut bengkak,ubat saraf,ubat vitamin,ubat urat,ubat otot…masalahnya,dah hampir 3 bulan tapak kaki saya sakit,kaki bengkak on off…saya dah ambil ujian jantung,paru2,semua normal.jadi saya nak tahu,kalau berkenaan saraf atau kaki bengkak kat kaki ni,saya perlu berjumpa doktor pakar bahagian mana ya?satu lagi,sakit kaki saya hampir sembuh,saya juga ada masalah gastrik,bila saya lambat makan atau terlalu banyak merokok dipagi hari,perut saya akan terasa kembung,kepala pening,muka dan leher terasa tegang,pandangan mata seperti kabur.dan selalunya saya akan terasa hendak muntah,tapi saya muntah angin,bila saya muntah angin,selepas tu la kaki saya start sakit balik,urat rasa macam mencucuk2,adakah penyebab kaki saya bengkak ni kerana asid perut atau sebab yg lain ya?mohon pendapat doktor.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak tuan. Namun maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Masih risau dengan gangguan kaki anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai sejarah yang agak kronik, serta gejala-gejala lain yang berlaku serentak, saya tetap menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar tulang atau internal medicine yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Lazimnya kondisi kaki anda boleh dikaitkan dengan
- pengumpulan cairan tubuh secara mendadak
- gejala alahan kepada sesuatu benda atau perkara
- kesan dari kerja berat
- gangguan kulit
atau ia juga boleh menandakan penyakit yang lebih serius seperti:
- gangguan reumatoid
- gangguan saraf
- gangguan muskuloskeletal
- trauma
- komplikasi obesiti
- gangguan saluran vaskular
- dan lain-lain
Gangguan yang disampaikan boleh dikaitkan dengan perut kembung yang biasanya berpunca dari tabiat pemakanan, seperti:
- Makan terlalu banyak atau terlalu cepat
- Serat (fibre) yang terlalu banyak atau tidak cukup
- Kekurangan bakteria yang baik dalam sistem pencernaan
- Konsumsi sayur-sayuran Cruciferous yang berlebihan (i.e. brokoli, kubis, bak choi dan kale)
- Gas yang tidak atau lambat keluar dari sistem pencernaan (sendawa dan buang angin (kentut) adalah dua cara udara di dalam badan keluar. Lewat atau sering bertangguh ke tandas boleh menyebabkan lebih banyak gas di dalam usus)
- Kesan sampingan dari sesetengah ubat-ubatan
Walau bagaimanapun, ia juga boleh menandakan kondisi seperti:
- Intoleransi makanan
- Tekanan / stress
- Irritable bowel syndrome
- Inflammatory bowel disease
- mahupun gangguan pencernaan yang lain
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.