suhafik94
3 tahun
Tapak kaki tiada rasa
sy lelaki berumur 25 tapak kaki sy sudah 2 minggu terasa panas …kadang2 nk berjalan tak rasa apa2…boleh sy tau apa msalh dan mcm mna cara menanangi nya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kehilangan rasa pada kaki boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kekurangan vitamin
- akibat ubatan
- toksin
- kencing manis
- masalah buah pinggang
- leprosy (kusta)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.































