
Sulit
5 tahun
Tapak tangan dan kaki cepat berpeluh
Saya remaja berumur 23 tahun. Saya mengalami masalah tapak tangan dan kaki cepat berpeluh walaupun dalam bilik yg guna aircond.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah yang anda alami adalah keadaan yang dipanggil hyperhidrosis. Ianya berkemungkinan idiopatik atau disebabkan masalah kesihatan lain seperti:
- Hipertiroidisme 
- Menopause 
- Obesiti 
- Penyakit Parkinson 
- Artritis reumatoid/”rheumatoid arthritis” 
- Limfoma/”Lymphoma” 
- Jangkitan seperti tuberkulosis 
- ubat antidepresan/”antidepressants” seperti norpramin 
- ubat tekanan darah 
- ubat untuk mulut kering seperti pilocarpine 
- antibiotik 
- suplemen seperti zink 
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.






















