
Sulit
4 tahun
Tekanan darah tinggi dan kaki bengkak
Salam sejahtera Dr. Ibu saya berumur 67tahun menghidap darah tinggi. Baru baru ini dr yang merawat dia telah menukar ubat hovasc 10mg.ubat asalnya provinace 4mg. Masalahnya sekarang ibu saya mengalami bengkak2 kaki dan pedih ulu hati. Adakah ubat penukaran ubat itu puncanya dan apakah saya perlu bawa ibu untuk tukar ubat. Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat petang. Terima kasih untuk soalan anda.
Pihak kami percaya doktor tersebut telahpun memberikan rawatan berdasarkan pemeriksaan yang telah beliau lakukan kepada ibu anda. Justeru kami nasihatkan anda untuk terus mematuhi panduan dan nasihat yang telah diberikan oleh doktor tersebut. Sekiranya perkara ini bertambah teruk dan serius, anda dinasihatkan untuk berjumpa semula doktor tersebut bagi mendapatkan pandangan dan nasihat lain.
Kaki yang bengkak didefinasikan sebagai bengkak di mana-mana bahagian kaki termasuk peha, betis, buku lali dan tapak kaki. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan kaki yang bengkak. Mekanisme utama untuk bengkak kaki terbahagi kepada dua, iaitu pengumpulan cecair atau cecair yang terperangkap dalam tisu kaki, dan radang dan kecederaan tisu di bahagian kaki.
Antara punca untuk kaki sebelah yang bengkak adalah:
• Deep vein thrombosis (DVT) iaitu bekuan darah di dalam saluran darah kaki
• Cellulitis, sejenis jangkitan kulit bakteria yang menyebabkan bengkak, kemerahan serta kesakitan. Pesakit kencing manis mempunyai risiko tinggi untuk menghidap penyakit ini
• Chronic venous insufficiency atau pembuluh darah yang telah terjejas di kaki
• Trauma atau kecederaan kaki seperti tulang patah, kecederaan tendon/ligamen/otot, terseliuh dan penyakit gout
• Ubatan terutamanya ubat darah tinggi
Antara punca kedua-dua belah kaki yang bengkak ialah:
• Kelemahan hati atau heart failure
• Kegagalan buah pinggang atau chronic kidney failure
• Cirosis hati atau liver cirrhosis
• Nephrotic syndrome
• Saluran limfa yang tersumbat atau lymphedema
• Ubatan terutamanya ubatan darah tinggi
• Duduk atau berdiri terlalu lama
Tarungi masalah penyakit kronik untuk kehidupan yang lebih berkualiti!
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Hanya selepas punca sebenar masalah anda diketahui, barulah rawatan yang sesuai boleh diberikan. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di (DoctorOnCall). Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.