
fanmal7115
5 tahun
Tidak haidh setlah mengambil depo
Saya telah mengambil inject depo selama satu tahun lebih … Last saya mengambilnya 28/09/2019 dah tu saya tak ambil lagi…saya mulai risau sampai sekarang tak datang2 haidh … Agaknya bila saya akan haidh semula dan hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, suntikan perancang depo boleh membawa kesan sampingan seperti yang berikut:
- Pendarahan yang berterusan selepas berhenti mengambil suntikan tersebut
- Kitaran haid akan berubah
- Haid mengambil masa untuk kembali kepada kitaran yang biasa
- Berat badan bertambah
- Kemungkinan kebolehan menghasilkan ovum yang sihat akan mengambil masa lebih kurang setahun
- Keguguran rambut, kekurangan nafsu seks, sakit kepala, gangguan emosi
Namun, masalah haid lewat boleh juga disebabkan oleh kehamilan, hormon tidak stabil, pengambilan ubat-ubatan, polycystic ovarian syndrome, masalah berat badan atau diet dan umur. Setiap wanita yang mengambil suntikan depo akan mendapat haid mereka lagi pada masa yang berbeza.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.