
Sulit
4 tahun
Urat tapak tangan jari tengah rasa mencucuk
Saya berumur 19 tahun,saya rasa URAT TAPAK TANGAN JARI TENGAH RASA MENCUCUK , apakah itu normal doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, terdapat pelbagai sebab kepada kebas tangan dan jari yang anda alami seperti:
- Sindrom Carpal Tunnel
- Kekurangan nutrien seperti vitamin B6, B12, kalsium dan potassium
- Strok minor
- Masalah saraf bahu - akibat kecederaan atau kekerapan menggunakan aktiviti yang menggunakan bahu
- Masalah jantung - seperti masalah saluran darah jantung
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.































