
Anonymous
5 tahun
Zakar kadang2 normal tegang keras mcm biasa dan kadang2 dia xboleh nk tegang
Sy lelaki berusia 26 tahun…dulu sy suka melakukan onani tp sy dh stop for 1 year lebih kurang…tp after i stop dr buat benda tu sy rasa ade perubahan berlaku dekat zakar sy yg mane zakar sy kdng2 dia normal keras tegang mcm biasa kdng2 dia xboleh nk tegang mcm biasa…sy xthu ape punca dia…tp sebelum sy lupa dulu sy ade main gym angkat berat tp selepas setahun sy aktif sy terkena mcm sakit bahagian bwh perut dan menyebabkan mcm salur darah ke telur sy membengkak dan berlarutan lebih kurang stahun jgk tp skrng ni pun masih ade cuma kurang sedikit terjadi…ia nya hanya terjadi skrng ni bila sy pakai seluar ketat dekat pinggang sy atau buat aktiviti berat…telur sy akn jd berat sbb salur darah tu membengkak…sy hrp doktor dpt tlng sy sngt2 sbb sy nk kahwin dlm masa 2 bulan lg…terima kasih ye doktor in advance…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Biasanya masalah zakar tidak tegang boleh disebabkan oleh:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
Penyakit jantung
Diabetes
Obesiti
Kolesterol tinggi
Darah tinggi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian atau boleh whatsapp ke 0125103569 untuk mendapat maklumat mengenai supplemen yang sesuai dengan mendapat 20% diskaun dan RM20 off. Terima kasih.