
Sulit
5 tahun
Zakar no erection dan tidak tegang
saya seorang lelaki 30an… sy mulai sedari sy mempunyai masalah zakar tidak erection (tegang)… secara jujurnya saya sering melalukan onani kerana tidak dapat menanahan nafsu… apakah masalah ini boleh diatasi supaya zakar saya bisa kembali tegang? belum berkahwin dan akan berkahwin dalam 2 tahun lagi… adakah cukup waktu saya pulihkan zakar saya? dan tips bagaimana utk menyelesaikannya… harap doktor boleh membantu sy

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan pihak anda, sukar tegang juga dikenali sebagai mati pucuk. Ia dapat terjadi disebabkan oleh banyak hal, antaranya:
- psikogenik - seperti stress, anxiety, hubungan bermasalah
- psikiatrik - anxiety disorder, kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tinggi, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- efek samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Pada lelaki usia muda, biasanya masalah penyakit kronik diatas jarang berlaku. Justeru sebaiknya dikenal pasti penyebab sebenar masalah ini agar ubat yang tepat dapat diberikan. Merujuk kepada onani, sebetulnya onani tidak menyebabkan mati pucuk. Akan tetapi, kajian mendapatkan bahawa menonton pornografi yang dapat menyebabkan mati pucuk.
Untuk merujuk doktor, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor untuk mulai berubat ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.