
Sulit
5 tahun
Zakar susah tegang dan tegang lemah tak bermaya
Saya lelaki 25 tahun, saya kerap beronani dan skrg zakar saya jadi susah nk tegang dan ketegangan terbabit nampak tidak bermaya. Saya jadi susah nak merangsang nafsj bagi menegangkan zakar saya. Pelbagai cara saya cuba untuk tegangkan zakar saya tapi ia gagal dan tegang pun tidak kuat. Boleh bagi tips ataupun pandangan tentang simptom yang saya hadapi ni? Serta doktor boleh sharekan apa yang perlu saya lakukan untuk merawat gajala ini? Terima Kasih Doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan pihak anda, mati pucuk dapat terjadi disebabkan oleh banyak hal, antaranya:
- psikogenik - seperti stress, anxiety, hubungan bermasalah
- psikiatrik - anxiety disorder, kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tinggi, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- efek samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah masih diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.