
Sulit
4 tahun
Adakah tanda menopause?
Salam doc,
Saya wanita berumur 34thn.Kahwin lewat hujung tahun lepas.Pernah di operate kerana cyst sebelum ni.Selepas operate kitaran haid saya jadi tidak teratur.Adakah ia berkaitan?
Saya juga selalu mengalami gatal-gatal di bahagian bibir vagina.kadang2 ada biji2 kecil seperti ruam pada bibir vagina.Saya menggunakan krim miconazole (zarin cream-fungal infection).saya tidak berani untuk menggunakan ubat masuk ke dalam vagina.Ini mungkin kerana saya takut.Saya selalu rasa pedih ketika melakukan hubungan kelamin.Walaupun alat kelamin suami tidak panjang n besar.
Pada hari ini,saya dapati ada darah coklat cair sedikit pada seluar dalam.padahal saya baru abis period 2 minggu yang lepas sahaja(15/07).perut di bahagian bawah-ari2 pun terasa keras n sakit seperti sengugut.saya rasa masih awal untuk next period.Last period tunggu dalam 35 hari(4/06-8/07). adakah ini tanda-tanda awal menopause atau ada hal lain?
keadaan saya juga amat agak sama dengan confessor di bawah.Cume darah coklat saya seperti tompokan sahaja.Seperti darah ketika mahu mula2 nak period.Sedikit sahaja.Mohon pencerahan doktor.Terima kasih.
Salam hormat doc
Saya dah berkahwin pada dec 2019.
Pernah beberapa kali bersama suami tapi tidak sempurna kerana zakar suami tidak masuk kedalam faraj, hanya setakat kepala je.
Air mani pun pancut diluar, cuma selepas bersama tu saya tinggikan punggung sedikit.
Buat pengetahuan doc, 2 minggu lepas sy dah dtg period.
Pagi ni saya nak buang air, saya dapati di seluar dalam saya ada lendiran sikit (mcm gam) warna coklat, dan ada coklat kering2 di seluar dalam.
Dalam tempoh 2 bulan kahwin, hanya ‘bersama’ (tidak sempurna) sebanyak 3 kali sahaja.
Last bersama sekali minggu lepas.
Adakah itu haid?
Saya tidak boleh solat?
Saya tidak boleh hamil selagi tidak bersama srcara sempurna?
Tidak bersama secara sempurna kerana tidak berjaya menebusi dinding faraj, suami risau saya sakit kerana faraj kering, tidak terangsang walau suami ada cuba foreplay.
Mohon pencerahan doc ya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Sukar untuk pihak kami membuat kesimpulan sama ada masalah haid tidak teratur ini berkaitan atau tidak dengan sista ovari kerana maklumat lanjut serta pemeriksaan diperlukan. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Selain itu, untuk masalah ruam anda, saya sarankan untuk anda mendapatkan diagnosis yanG tepat dengan doktor sebelum mendapatkan rawatan. Hal ini kerana selain jangkitan kulat (fungal) ianya juga boleh disebabkan oleh:
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Cyst
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
Manakala sakit ketika melakukan hubungan kelamin mungkin disebabkan oleh:
Faraj kering (“vaginal dryness”)
Kurang pelincir ketika seks
Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
Cervical ectropion
Masalah tompokan coklat atau spotting boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Gejala yang anda alami kurang merujuk kepada menopause. Namun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.