uekikousuke924
4 tahun
Keluar darah coklat selepas bersetubuh
sy wanita 22tahun mempunyai anak 2 org…selepas melhrkan ank ke dua sy xdatang haid 1 tahun 3 bulan dan sy fully bf kedua dua anak…anak brumur 3 tahun dan 1 thun 4 bulan…slepas 1 thun 3 bulan sy dtg haid pertame…slpas hbs haid sy brsetubuh brsme suami slps sehari bersame keluar darah coklat sedikit sedikit selame beberape hari…setelah hilang,beberape minggu kemudian bersetubuh brsame suami selepas beberape mgu selepas kluar drah coklat,sehari selepas bersetubuh keluar lg darah coklat kuantiti sedikit…ape masalah sy?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, darah coklat yang dialami boleh disebabkan oleh pelbagai hal, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi (waktu subur)
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan perancang, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUCD hormon
Namun sekiranya terdapat keluhan tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link(DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.