Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kepala melayang dan nak pitam

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Mei 22, 2020 11:13 AM

Sulit 6 hari

Selamat petang doktor…selepas berhenti merokok saya kerap berasa takut dan kepala rasa melayang…kenapa ye doktor.?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 6 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ianya berkemungkinan gejala withdrawal. Masalah ini sering berlaku selepas seseorang individu berhenti merokok dengan tiba-tiba.

Gejala ini biasanya memuncak dalam dua hingga tiga hari selepas anda berhenti merokok sepenuhnya. Walaupun gejala ini sangat tidak selesa, namun, sekiranya anda kuat dan mengabaikannya, gejala ini akan mula berkurangan. Kebiasaannya, masalah ini akan hilang dalam tempoh dua hingga empat minggu. Ada juga sebilangan individu yang mengalami gejala ini selama beberapa bulan.

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Fri May 22 2020 11:13:46 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Anonymous
Bahaya nanostix kepada bayi Salam doc… Sy ade bayi berusia 2 bulan. Husband sy selalu hisap nanostix didalam bilik kami bersama anak. Apakah bahaya kepada anak sy? Adakah effect nanostix ini sama seperti rokok? Baca lagi...
11 bulan
Sulit
Vape semasa proses pemulihan stroke ishemic calebral Salam doc Saya ishemic calebral stroke. Dulu sebelum stroke saya mmg seorang vapers. Dalam proses pemulihan ni… boleh ke saya vape semula Baca lagi...
50 hari
firdauschew
Pakcik saya ni memang liat kalau suruh makan ubat Assalamualaikum doktor, saya ingin bertanya bagi pihak pakcik saya, dia seorang perokok tegar, dan ada masalah kolesterol, darah tinggi dan kencing manis jugak. Dia tak boleh nak berhenti merokok, tap… Baca lagi...
10 bulan
aliffzubir
Batuk berkahak dan selsema Sy bukan seorg perokok, tetapi sy mencuba mengisap vape dlm masa seminggu dgn nikotin 12mg. Dlm masa seminggu itu sy telah batuk berkahak kehijau bergitu dan juga selsema. Ada kah ini disebabkan oleh … Baca lagi...
10 bulan
Sulit
Kesan Berhenti Merokok Apakah bahaya kepada kesihatan tahap kesihatan saya kerana telah berhenti merokok secara mengejut,saya berumur 30 tahun dan telah merokok dari umur 13 tahun,tapi sejak akhir ini saya telah berhe… Baca lagi...
36 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi