Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Masalah haid yang tidak teratur walaupun sudah mendapat ubat hormon di klinik berdekatan dan skrg sudah 49 hari tidak period selpas period yg terakhir memakan ubat hormon

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Ogos 10, 2020 7:23 AM

Sulit 51 hari

saya berumur 20 tahun dan masih bujang. saya mengalami masalah haid yg tidak teratur dalam masa 3 bulan ini. saya pernah ke klinik dan mendapat ubat hormon dan selepas itu saya period seperti biasa selama 7 hari, namun skrg sudah 47 hari saya tidak period. mengapa ya dr?

Dr Ramzdhan 51 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditanyakan.

Berdasarkan penerangan di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah haid yang tidak teratur selama 3 bulan dan setelah diberikan ubat hormon, anda masih mengalami haid yang tidak teratur.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, haid yang tidak teratur kadangkala tidak semestinya menandakan seseorang itu menghidap penyakit malah ia boleh berlaku sebanyak 50% sekumpulan wanita. Kelambatan haid selama 47 hari yang dialami mungkin disebabkan oleh haid yang tidak teratur seperti yang berlaku sebelum ini. Haid tidak teratur boleh berpunca daripda :

  • Tekanan emosi
  • Bersenam secara berlebihan
  • Turun berat badan secara mendadak
  • Penggunaan kontraseptif ataupill perancang
  • Menopause (umur lebih 50 tahun)
  • Masalah keseimbangan hormon seperti penyakit Polycystic Ovarian Syndrome

Gejala kitaran haid tidak teratur boleh dirawat dengan beberapa cara:

  • Kurangkan tekanan emosi
  • Hentikan pill perancang (sekiranya diambil)
  • Rajin bersenam yang berpatutan
  • Menjaga pemakanan
  • Terapi hormon untuk yang mempunyai penyakit masalah hormon

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor anda yang berdekatan. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda.

Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon Aug 10 2020 07:23:37 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang kesihatan am wanita secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Miss v gatal gatal selepas habis haid saya berumur 21 tahun dan saya mempunyai masalah miss v gatal gatal selepas tamat haid. saya juga perasan ada benjolan kecil pada pada dinding miss v, ia juga mengeluarkan keputihan likat. ia ak… Baca lagi...
13 hari
Sulit
Ruam, gatal dan merah merah pada miss v hello doctor. sudah seminggu saya mengalami gatal dan ruam pada miss v dan celah kankang. pada awalnya ruam biasa. hari ketiga ruam semakin bnyk dan merebak hingga kebelakang punggung saya. skrg… Baca lagi...
14 hari
Sulit
Kanser pangkal rahim tahap 4 Hi Assalamualaikum, saya nak tanya, ubat “keladi tikus” sesuai tak untuk orang yang ada kanser pangkal rahim tahap… Tapi kanser tuu sudah mengeras n tertutup dan merebak ke buah pinggang. Kemung… Baca lagi...
47 hari
Sulit
Masalah perempuan - period Hi. Hari ini merupakan hari ketiga saya period dan saya perasan yang darah yanh keluar tidak seperti period yang lepas. Darah yg keluar pada period kali ini hanya lendir seperti keputihan yg ber… Baca lagi...
29 hari
Sulit
Keluar darah berketul_ketul semasa dalam pantang hari yang ke 34 hari Saya wanita 20’an,hari genap 34hari dalam pantang.darah nifas saya sebelum ni dah habis dan dah tak keluar…tapi semalam tiba² keluar darah dan ada jugak keluar darah yang berketul.sini saya mahu… Baca lagi...
11 hari
Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM15