fidza84
4 tahun
Mengapa darah haid sedikit
hi doctor…
sudah masuk hampir 4 bulan saya menyedari haid saya sangat sedikit.kitaran masa haid 31 hari, tetapi haid yang ada kadang2 cuma darah yang berwarna coklat sahaja. hari pertama cuma tompok2 hitam sahaja, hari kedua tiada darah yang keluar hari ketiga dan seterusnya cuma darah merah yang hanya sedikit sahaja. seterusnya cuma darah coklat yang tompok dan tak memerlukan saya untuk memakai tuala wanita. dan situasi ini berulang hampir sama untuk bulan berikutnya. saya tak sakit perut seperti senggugut, sakit pinggang atau sakit di bahagian buah dada saya seperti sebelum2 ini. adakah saya sudah mahu memasuki fasa monopus? haid pertama kali saya ketika berusia 13 tahun dan sekarang usia saya memasuki 36 tahun. anak sulung saya sudah berumur 9 tahun dan masih merancang untuk ada anak lagi.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, harus diketahui bahawa haid yang teratur adalah haid yang datang setiap 28 hari. Minimal setiap 24 hari hingga selewat 38 hari. Sementara itu, lama tempoh haidyang normal adalah sekitar 2 hingga 8 hari. Justeru, jika haid anda sekitar 2 hingga 8 hari, ia masih terhitung normal dan tidak sedikit.
Apabila darah haid berwarna coklat, ia boleh disebabkan oleh pelbagai hal, antaranya:
- Darah lama
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi (waktu subur)
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan perancang, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUCD hormon
Namun sekiranya terdapat keluhan tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link(DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.