
Sulit
5 tahun
Period delay 10hari tapi upt negative
Hi Dr, period saya dah delay 10hari tetapi semalam saya buat upt hasilnya negative. Cuma saya mengalami salah satu tanda hamil, iaitu sering berasa pedih ulu hati dan sakit belakang sejak kebelakangan ini. Adakah saya hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal akan berlaku setiap 24 - 38 hari. Sekiranya haid anda lewat daripada 38 hari, ia dapat disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Melihat kepada pelbagai penyebab haid lewat, serta lamanya anda belum mendapat haid, kami mencadangkan agar anda merujuk ke doktor agar dapat dibincangkan lanjut diagnosis manakah (dari senarai diatas) yang paling mungkin dihidapi.
Gejala yang anda alami berupa pedih ulu hati dan sakit belakang boleh timbul pada wanita yang tidak hamil. Hal ini kerana pedih ulu hati biasanya terjadi pada orang yang mengalami GERD. Sementara itu, sakit belakang pula boleh timbul sekiranya anda mempunyai postur tubuh yang salah ataupun apabila anda habis mengangkat benda berat.
Sekiranya anda curiga hamil, anda boleh kenali 20 tanda-tanda awal kehamilan berikut dan sebaiknya lakukan pemeriksaan kehamilan sederhana yaitu urine pregnancy test (UPT). Untuk panduan penggunaan, sila rujuk di link ini (ujian kehamilan). Biasanya sekiranya masih terlalu awal, hasil ujian akan negatif.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk info lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.