
aidil7149
4 tahun
Sakit kaki dia bahagian kanan
saya aidil,berumur 20 tahun.saya menagalami sakit kaki di bahagian kanan,dari pinggul hingga ke bahagian buku lali kaki.saya rasa seperti urat tegang menyucuk2 di tiga bahagian paha,lutut dab buku lali.bila sya berdiri tapak kaki saya bersa kesemutan dn sya tidak boleh berdiri terlalu lama.disebabkan sakit ini,saya tidak dapat meneruskan pengajian.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang anda sebutkan mungkin berpunca daripada:
- Cakera disk tergelincir (“slipped disc”)
- Jangkitan tulang belakang
- Penyakit Guilain Barre
- Penyakit Transverse Myelitis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.