
Sulit
4 tahun
Tangan kanan lenguh lenguh tanpa hilang.terasa sakit dada beberapa minit. Kadang terasa pening kepala berputar-putar. mohon bantuan pencerahan lebih lanjut
Hi Dr. Saya nak tanya 2 hr ni tangan kanan sy selalu lenguh-lenguh tanpa hilang dan hari ni mulai lenguh sampai belakang dan leher. Hari ni lepas dinner saya tiba terasa sesak dada sebelah kiri dan terasa tercucuk kurang dari 3 minit. Bila tarik nafas, saya terasa sakit. Sometimes, saya kerap kali pening kepala berputar putar. Kenapa terjadi macam ni?
Thank you.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- penggunaan tangan yang terlalu banyak
- postur melakukan pekerjaan yang salah
- tekanan kepada saraf kerana postur seperti dalam student’s elbow
- masalah saraf seperti sindrom carpal tunnel, nerve palsy
- masalah otot
- terseliuh tulang bahu atau mana-mana struktur tulang dalam tangan
Berkenaan dengan kenyataan anda mengenai gejala tambahan iaitu sakit dada, ia boleh disebabkan beberapa penjelasan seperti:
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Masalah jantung
- Gangguan emosi
Selain itu, gejala yang merujuk kepada masalah sakit jantung adalah:
- Sakit dada - Pesakit kerap mengalami sakit dada secara tiba-tiba dan kebanyakan daripada mereka mengalami ketegangan dada atau sensasi dada dihempap sesuatu yang amat berat.
- Peluh berlebihan - Pesakit akan mengalami peluh berlebihan dan sejuk secara tiba-tiba. Jika pesakit menghidap kencing manis, berpeluh tanpa sakit dada boleh berlaku.
- Sakit pada bahu kiri dan rahang bawah kiri - Pesakit kadangkala mengalami simtom sakit pada bahagian bahu kiri atau rahang bawah kiri sebelum sakit dada atau sakit dada yang merebak kebahagian tersebut.
- Mual/loya - Pesakit berasa loya atau mual sehingga menyebabkan muntah-muntah
- Sesak nafas secara tiba-tiba - Pesakit boleh mengalami kesukaran bernafas secara tiba-tiba walaupun keadaan asal pesakit adalah normal
- Palpitasi - Pesakit boleh mengalami jantung berdegup kencang atau perlahan berdasarkan lokasi dinding jantung yang terjejas akibat saluran darah tersumbat
- Sakit epigastrik - Pesakit juga boleh mengalami sakit perut lebih-lebih lagi pada bahagian atas perut dan di bawah dada.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi