Anonymous

2 years

Bagaimana nak tahu jika saya menghidap anemia?

Saya baru sahaja keguguran dalam 2 minggu yg lepas. Saya selalu berada letih, tak cukup nafas, rasa lesu dan serba tak kena. Bila berdiri macam nak pitam.

  • Bagaimana nak tahu jika saya ada anemia atau tidak ye? Ada apa2 ujian yg boleh dijalankan ke jika ke klinik?
  • Jika saya disahkan ada anemia, adakah itu buruk bagi keadaan saya yg baru sahaja keguguran?
  • apakah rawatan yg dijalankan jika saya disahkan ada anemia? Iv drip sudah mencukupi ke?

Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan anda.
Kami amat memahami situasi anda dan akan cuba membantu anda.
Gejala-gejala yang anda alami sekarang boleh berpunca dari pelbagai faktor, antaranya:

  • kekurangan zat besi dalam tubuh
  • kekurangan rehat atau gangguan tidur
  • tabiat pemakanan yang tidak seimbang
  • kekurangan air (dehidrasi) atau gula (hypoglycemic) dalam tubuh
  • atau tanda-tanda awal penyakit kronik yang memerlukan rawatan doktor

Ia juga boleh dikaitkan dengan kondisi seperti:

  • gangguan pembuatan sel darah merah atau anemia
  • gangguan stres oleh faktor kerja atau masalah personal
  • gangguan depresi atau tekanan personal

Sementara menunggu rawatan secara langsung dari doktor, anda boleh cuba:

  • meningkatkan pemakanan yang tinggi kandungan protein & zat besi
    • daging
    • sayur hijau seperti bayam
    • kacang-kacangan
    • makanan laut
  • mengambil suplemen besi
  • meningkat senaman & eksesais rutin
  • amalankan gaya hidup sihat

Ujian darah akan dibuat oleh doktor untuk mengesahkan status anemia.
Rawatan akan berdasarkan tahap darah anda .
Anda disarankan untuk menghubungi kami untuk konsultasi atas talian,
Kami harap jawapan ini membantu anda
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
image

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.