Anonymous

3 years

Batuk berpanjangan sebulan lebih

Selamat petang doc saya berumur 26 tahun,saya mengakami batuk bepanjangan dan sudah hampir sebulan… dada saya juga terasa sakit,lengan saya dan apabila malam semasa mahu tidur saya akan berpeluh…adakah saya mengalami symptom covid atau penyakit lain?? kadang² apabila saya ingin sendawa dada saya seperti terbakar

Dr Ramzdhan,

3 years

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan:

  • Asid refluks (gastrik) - asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan. Anda juga akan mengalami gejala seperti terbakar pada dada dan kerap sendawa
  • Penyakit asma - asma kerap menyerang pada waktu malam
  • Penyakit tibi - tibi kadang-kala sukar untuk ditemui dalam x-ray
  • Jangkitan saluran udara oleh virus disertai dengan kesan jerebu

Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

cough-sorethroat

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.