Anonymous

3 years

Doc sy mengalami masalah sembelit pedih ulu hati Dan Bila sendawa ia keluar melalui mulut. Adakah sy mengalami masalah gerd? Jika ya apakah Cara mengatasinya

Doc sy mengalami masalah sembelit pedih ulu hati Dan Bila sendawa ia keluar melalui mulut. Adakah sy mengalami masalah gerd. Jika ya apakah Cara mengatasinya

Dr Ramzdhan,

3 years

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki.

Berikut merupakan antara gejala GERD:

  • Pedih ulu hati yang boleh jadi lebih teruk pada waktu malam
  • Sakit dada
  • Sukar menelan
  • Muntah kembali makanan atau cecair yang masam
  • Terasa sesuatu di tekak

Terdapat beberapa langkah yang boleh ambil untuk mengurangkan kesan GERD. Antaranya adalah:

  • Kurangkan berat badan
  • Tidak mengambil makanan berminyak dan berkafein
  • Rawat hiatus hernia (jika ada)
  • Ambil pemakanan yang berkhasiat dan seimbang
  • Elakkan makan sebelum tidur
  • Makan sedikit tetapi kerap

Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.

Hindari sakit pedih ulu hati dari mengganggu aktiviti harian anda dengan penjagaan sistem penghadaman yang betul.

Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.

Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah sakit perut anda hari ini.

download%20(6)

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.