Anonymous

4 years

Haid tidak teratur; pengambilan morning after pill

Saya wanita berumur awal 20an. Saya ada mengambil morning after pill buat pertama kali pada sebulan yang lepas. Sebelum ini, kitaran haid saya teratur iaitu 7 hari pada setiap kitaran. Tetapi baru-baru ini, saya mengalami haid hanya selama 5 hari kemudian saya suci selama 5 hari dan selepas itu kembali haid sehingga ke hari ini (hari ke-16). Adakah ini berpunca daripada pengambilan pill tersebut? Terima kasih dr sudi meluangkan masa membaca permasalahan saya ini.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Untuk pengetahuan anda, kitaran haid yang terganggu merupakan kesan sampingan yang lazim dihadapi pengguna morning after pill malahan sesetengah pengguna tidak akan didatangi haid jika pil tersebut digunakan terlalu kerap. Jika anda aktif dalam hubungan seksual, kami cadangkan anda untuk mengambil pil kontraseptif 21 hari atau 28 hari.

AdobeStock_64844510%20(1)

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.