Anonymous

3 years

Mengalami sembelit sebab gerd

Saya merupakan pesakit gerd dan akhir2 ini, dalam 3 hari lepas, saya mengalami sembelit dan tidak dapat buang air besar. Apakah rawatan dan ubat yang boleh saya ambil utk merawat masalah saya ini. Tapi perut saya tidak sakit…cuma saya tidak dapat buang air besar…mohon nasihat doktor.tq

Dr Ramzdhan,

3 years

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit.

Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:

  • Kurang serat dalam diet.
  • Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
  • Pengambilan ubat
    .* Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
  • Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung.
  • Penyalahgunaan julap.
  • Menahan untuk membuang air besar.
  • Kekurangan air.
  • Penyakit atau keadaan tertentu seperti kencing manis.
  • Masalah dengan kolon dan rektum.
  • Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.
  • Diverticulosis
  • Jangkitan parasit
  • Radang usus (inflammatory bowel disease)

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
stroke-causes-punca-stroke

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.