fanmal7115

4 years

Ovulation test strip

Saya telah datang haid 18 feb 2020 dan kmrin (24/02/2020) saya telaah berhenti uzur … Saya uzur hanya 5 hari … Saya ingin mendapat zuriat…saya nak tanya bilaa waktu nya saya boleh menggunakan ovulation test strip ? waktu uzur saya hanyalah 5 hari . hari ke brpa saya boleh menggunakan test itu?

Terima kasih atas soalan yang diajukan.

Untuk pengatahuan pihak puan, ovulasi adalah waktu subur dan biasanya berlaku di atau sekitar hari ke 14 dimana hari pertama dikira dari hari haid bermula. Ovulation test strip ini berfungsi dengan mengesan hormon LSH (hormon yang befungsi mengelurkan telur dari ovari ke tiub falopio) melalui ujian air kencing.

Bagi menjawab soalan puan, ujian ini harus diambil pada pertengahan kitaran haid anda dengan mennggunakan kitaran haid anda sebelum sebagai rujukan. Sebagai contoh, jika kitran hadi anda adalah selama 28 hari, maka ujian ovulasi dilakukan pada hari ke 10 atau 11. Namun sekiranya kitaran anda tidak tetap, anda harus mengira kitaran yang paling sekejap sepanjang 6 bulan lepas dan melakukan ujian 4 hari sebelum pertenghan kitraran yang paling sedikit tersebut.

Disarankan ujian ini dilakukan pada pukul 12 tengah hari sehingga 8 malam kerana tahap hormon LSH dalam serum adalah paling tinggi di pagi hari dan ia mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk dikesan melalui air kencing. Selain itu pastikan

  • Ujian dilakukan pada masa yang sama setiap hari. Sebagai contoh jika anda melakukan ujian itu pada pukul 12 pm hari ini, keesokan harinya, anda harus melakukannya pada masa yang sama.
  • Air kencing pekat- Elakkan meminum air yang banyak
  • Ikut arahan pada paket kerana mungkin terdapat perbezaan bagi setiap produk

Berikut merupakan jawapan am bagi soalan yang diajukan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat yang lebih lanjut. Terima kasih.

pregnancy-upt

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.