Anonymous

4 years

Perut sakit segugut tetapi tidak period

Saya berusia 21 tahun, saya ingin menanyakan soalan. Pada 16/1 saya bersama tunang saya melakukan hubungan seks dengan menggunakan kondom dan tidak pancut dalam, tetapi period masa masih tidak datang pada bulan ni. Pada 21/1 saya telah menguji pregnancy test dan ia mengatakan negative. Adakah perut saya sakit kerana segugut ingin period atau sebaliknya? Dan saya ingin tahu adakah pil gugur memberi effect yang bahaya pada awal kandungan?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda selain sengugut, sakit pada bahagian tersebut boleh juga disebabkan oleh:

  • Keradangan appendiks atau usus
  • Batu karang saluran buah pinggang
  • Jangkitan kuman pada buah pinggang atau pundi kencing
  • Kandungan ektopik (kandungan luar rahim)
  • Keracunan makanan
  • Sista pada ovari

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

AdobeStock_41699827

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.