ilamylanabila

4 years

Tak demam,tapi batuk, suami polis airport

Saya sebelum ni kerja sbb profiller di gate dia klia dibawah airline. Saya cuma bekerja 3 hari dalam bulan march ni. Iaitu pada 3/4 dan 9 hari bulan. 10 hari bulan sehingga ke hari ni saya tak bekerja, tapi suami saya masih bekerja di klia2(berdepan dengan passanger). Saya mmg ada batuk yg agak dah lama. Dari bulan 2, sampai hari ni. Suami saya xde ada batuk atau apa2 simptom. Cuma saya agak risau bila saya batuk, kenkdang bersin, saya mesti akan berak cair dalam sehari, saya dan suami tak ada makan maknan luar. Disbbkan suami saya berdepan dengan passanger buat saya jadi risau.

Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.

Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.

Berdasarkan simptom anda, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti berikut. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:

Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital.

Simptom-simptom yang telah anda nyatakan boleh disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain seperti:

Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.

Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.

Please visit https://covid-19.moh.gov.my/ to get the latest information and guidelines regarding COVID-19 and COVID-19 vaccination

To Book Private COVID-19 Vaccination, Click Here

To Book COVID-19 PCR/RTK Test, Click Here

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.