Anonymous

3 years

Ada masalah ketakutan bila nak tidur

Saya lelaki 20 an. Saya ada masalah ketakutan bila nak tidur. selalu terjaga dalam keadaan ketakutan. kerap jgk sendawa yg besar2 ubat gastrik dh makan tapi still sama.ubat anxiety pun dh makan ttp jgk sama.kadang tu dh penat hari2 ketakutan hari2 sendawa yg besar2. Dah rasa mcm putus asa saya rasa. Tapi bila saya rilek atas katil xnk plak dy sendawa bnyk2. adakah angin yg saya kerap sendawa tu dtg dari ubat²an?

Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai soalan anda.

Menurut keterangan anda, kami memahami anda mengalami masalah sendawa dan ketakutan apabila tidur. Kami akan cuba membantu anda.

Masalah sendawa yang anda alami boleh berpunca daripada beberapa perkara seperti yang berikut :

  • Masalah pada sistem penghadaman seperti gastritis, GERD dan ulser perut
  • Indigestion
  • Intoleransi makanan
  • Makan atau minum terlalu pantas

Manakala masalah tidur yang anda alami boleh berpunca daripada gangguan tekanan atau masalah keresahan yang tidak dikawal. Ia juga boleh disebabkan oleh pengambilan kafein yang berlebihan.

Kami amat menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor mengenai masalah anda supaya ia dapat ditangani. Anda boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor kami untuk nasihat yang lanjut.

Terima kasih, kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

ben-white-_YQgJos0SKE-unsplash%20(1)

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.