syeeraayieshh

4 years

Tidak boleh tidur selama 3 hari

Hi . Saya nak tnya . Saya secara tiba2 tidak tidur dan makan selama 3 hari . Sebelum tu mmg ada masalah peribadi sikit . Dah cuba nak pejam mata tapi tak boleh . Mata jadi berkedip nak bukak .

Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.

Anda memerlukan bantuan mengenai masalah peribadi? Doktor pakar psikiatri kami sedia membantu.

Ya, gangguan tidur bukan sahaja boleh mengakibatkan sakit kepala, malah kegelisahan yang melampau, gangguan untuk memberi fokus di siang dan lain-lain. Terdapat pelbagai terapi yang boleh dilakukan sendiri atau dengan bantuan ahli profesional.

Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:

  • cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga
  • jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
  • berusaha untuk menjaga sleeping hygiene anda sebaiknya
  • meminum air madu atau susu hangat sebelum tidur
  • memastikan kondisi tempat tidur selesa, nyaman dan bersih
  • memasang audio sleeping music

Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.

Namun untuk menentukan apakah ubat diperlukan, sesi pertanyaan yang menyeluruh dan (jika diperlukan) pemeriksaan yang komprehensif harus dilakukan terlebih dahulu. Hal ini adalah untuk mendapatkan diagnosis yang lebih baik dan seterusnya memastikan apakah kondisi anda memerlukan rawatan ubat dalam waktu yang terdekat.

Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.

AdobeStock_339285016

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.