Anonymous

5 years

Sensitif bunyi dan susah tidur

saya remaja 16 tahun. Saya mengalami sensitif pada bunyi normal dan perlahan. Saya juga mengalami kesukaran tidur walaupun berasa letih. Perkara ini membuatkan saya terganggu dan sukar jalani aktiviti seharian.

Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.

Ya, gangguan tidur bukan sahaja boleh mengakibatkan kesukaran untuk menjalani aktiviti di siang hari, malah ia juga dapat menyebabkan gangguan untuk memberi fokus di siang hari, sakit kepala, kegelisahan melampau dan lain-lain.

Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:

  • cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga
  • jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
  • berusaha untuk menjaga sleeping hygiene anda sebaiknya
  • meminum air atau susu sebelum tidur
  • memastikan kondisi tempat tidur selesa, nyaman dan bersih
  • memasang audio sleeping music

Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.

Namun untuk menentukan apakah ubat diperlukan, dan sejauh manakah terdapat keterkaitan dengan sensitiviti pendengaran bunyi anda, sesi pertanyaan yang menyeluruh dan (jika diperlukan) pemeriksaan yang komprehensif harus dilakukan terlebih dahulu. Hal ini adalah untuk mendapatkan diagnosis yang lebih baik dan seterusnya memastikan apakah kondisi anda memerlukan rawatan ubat dalam waktu yang terdekat.

Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.

AdobeStock_109053148

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.