Anonymous

4 years

Insomnia darah tinggi Dan sakit urat

Sakit mental,memang susah nak tidur,darah tinggi,Tak cukup tidur penglihatan pun kabur Dan kurang jelas

Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami

Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Kami sarankan anda mencuba yang berikut untuk memperbaiki masalah insomnia anda iaitu:

  • Kurangkan stres, pastikan anda dikelilingi oleh dorongan yang kuat dan sihat
  • Seimbangkan pemakanan. Banyakkan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Elakkan tabiat merokok
  • Dapatkan nasihat kaunseling dari pihak berkenaan
  • Minta preskripsi anti-depressant daripada doktor anda mengenai masalah tidur ini.
  • Banyakkan meluangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan
  • Perbanyakkan senaman yang seimbang.
  • Mematikan lampu ketika ingin tidur.
  • Pastikan tempat tidur anda dalam keadaan yang selesa dan tenang.

Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti

Sekiranya perkara di atas tidak dapat membantu, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi mengenalpasti punca masalah yang anda hadapi. Kadangkala penyakit insomnia merupakan salah satu masalah psikatri yang dihadapi pada zaman ini.

Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih

1592041333470802887%20(1)%20(1)

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.