
Anonymous
3 years
Bagaimana nak tahu jika saya menghidap anemia?
Saya baru sahaja keguguran dalam 2 minggu yg lepas. Saya selalu berada letih, tak cukup nafas, rasa lesu dan serba tak kena. Bila berdiri macam nak pitam.
- Bagaimana nak tahu jika saya ada anemia atau tidak ye? Ada apa2 ujian yg boleh dijalankan ke jika ke klinik?
- Jika saya disahkan ada anemia, adakah itu buruk bagi keadaan saya yg baru sahaja keguguran?
- apakah rawatan yg dijalankan jika saya disahkan ada anemia? Iv drip sudah mencukupi ke?

3 years
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan anda.
Kami amat memahami situasi anda dan akan cuba membantu anda.
Gejala-gejala yang anda alami sekarang boleh berpunca dari pelbagai faktor, antaranya:
- kekurangan zat besi dalam tubuh
- kekurangan rehat atau gangguan tidur
- tabiat pemakanan yang tidak seimbang
- kekurangan air (dehidrasi) atau gula (hypoglycemic) dalam tubuh
- atau tanda-tanda awal penyakit kronik yang memerlukan rawatan doktor
Ia juga boleh dikaitkan dengan kondisi seperti:
- gangguan pembuatan sel darah merah atau anemia
- gangguan stres oleh faktor kerja atau masalah personal
- gangguan depresi atau tekanan personal
Sementara menunggu rawatan secara langsung dari doktor, anda boleh cuba:
- meningkatkan pemakanan yang tinggi kandungan protein & zat besi
- daging
- sayur hijau seperti bayam
- kacang-kacangan
- makanan laut
- mengambil suplemen besi
- meningkat senaman & eksesais rutin
- amalankan gaya hidup sihat
Ujian darah akan dibuat oleh doktor untuk mengesahkan status anemia.
Rawatan akan berdasarkan tahap darah anda .
Anda disarankan untuk menghubungi kami untuk konsultasi atas talian,
Kami harap jawapan ini membantu anda
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.